Sila klik bawah untuk menyertai.
𝗞𝗔𝗧𝗘𝗚𝗢𝗥𝗜
1. Mencipta Storyboard Digital Antidadah
Sekolah Menengah : Tingkatan 1 hingga 6
Sekolah Rendah : Tahun 1 hingga 6
𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧-𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗨𝗠𝗨𝗠 :
1. Pertandingan terbuka kepada semua murid warganegara Sekolah Menengah dan Rendah di Negeri Sabah
sahaja.
2. Maksimum penyertaan yang dihantar ke PEMADAM Negeri Sabah oleh setiap Pejabat Pendidikan Daerah hendaklah terdiri daripada 5 hasil kerja terbaik sahaja bagi setiap kategori yang dipertandingkan.
3. Pertandingan bermula pada 𝟭 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟭 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟯𝟭 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟭.
4. Sekolah hendaklah menghantar Penyertaan ke Pejabat Pendidikan Daerah selewat-lewatnya pada 𝟮𝟰 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟭 𝗱𝗮𝗻 𝟱 𝗞𝗔𝗥𝗬𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞 hendaklah dihantar ke 𝗨𝗿𝘂𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗗𝗔𝗠 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟯𝟬 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟭 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘄𝗮𝘁-𝗹𝗲𝘄𝗮𝘁𝗻𝘆𝗮 𝗷𝗮𝗺 𝟰.𝟬𝟬 𝗽𝗲𝘁𝗮𝗻𝗴.
5. Setiap karya yang dihasilkan dihantar ke email pemadam.pskm@gmail.com dan wajib melengkapkan borang penyertaan melalui google form.
𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗔𝗡
1. Terbuka kepada semua murid warganegara sekolah menengah dan rendah di negeri Sabah sahaja.
2. Menggunakan TEMA pertandingan iaitu “𝗛𝗜𝗗𝗨𝗣 𝗣𝗘𝗡𝗨𝗛 𝗘𝗥𝗧𝗜”.
3. Lukisan grafik dan adaptasi boleh menggunakan perisian komputer dan telefon pintar mengikut kreativiti dan kemahiran peserta.
4. Lukisan dan idea poster mestilah hasil ciptaan sendiri dan tidak pernah disiarkan atau dimuatnaik di mana-mana media sosial atau media massa untuk tontonan umum.
5. Setiap karya juga mestilah tidak pernah menyertai atau memenangi pertandingan di mana-mana peringkat.
6. Penggunaan kamera sendiri sama ada menggunakan telefon pintar atau kamera digital untuk menghasilkan poster adalah dibenarkan. Penggunaan gambar hak cipta orang lain yang diambil melalui internet adalah dilarang. Walaubagaimanapun elemen atau unsur-unsur lain berdasarkan kreativiti masing-masing adalah dibenarkan.
7. Peserta dibenarkan menggunakan perisian dan bahan (template dan rangka) yang sedia ada dalam perisian namun keupayaan dan kreativiti peserta yang akan membezakan penilaian dan pemarkahan juri.
8. Kos penyertaan pertandingan ini adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.
9. Penyertaan hendaklah dihantar kepada urusetia dalam format JPEG atau PNG dalam diimensi 1080 x 1080px dan dalam bentuk powerpoint.
10. Keputusan pengadil adalah muktamad.
11. Pemenang akan diumumkan pada Majlis Penutup Program Pertandingan Seni Kreatif Antidadah Murid pada bulan September dan hadiah-hadiah pertandingan adalah seperti berikut:
Tempat pertama : Wang tunai RM300.00, plak dan sijil
Tempat kedua : Wang tunai RM250.00, plak dan sijil
Tempat ketiga : Wang tunai RM200.00, plak dan sijil
Saguhati x2 : Wang tunai RM150.00, plak dan sijil
12. Semua penyertaan akan menjadi HAK MILIK PEMADAM Negeri Sabah. Program ini berhak untuk menggunakan poster tersebut sebagai bahan promosi dan pendidikan kesihatan di media sosial dan sebagainya.
13. Hasil karya hendaklah dihantar oleh Pejabat Pendidikan Daerah kepada PEMADAM Negeri Sabah menggunakan email 𝗽𝗲𝗺𝗮𝗱𝗮𝗺.𝗽𝘀𝗸𝗺@𝗴𝗺𝗮𝗶𝗹.𝗰𝗼𝗺 manakala maklumat penyertaan hendaklah diisi di google form https://forms.gle/G3XHXujQrQZrvrtQA atau menggunakan QR code pada poster pertandingan.
14. 𝗨𝗻𝘀𝘂𝗿-𝘂𝗻𝘀𝘂𝗿 𝗻𝗲𝗴𝗮𝘁𝗶𝗳 (𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗶𝗺𝗲𝗷 𝗽𝗶𝗹-𝗽𝗶𝗹, 𝗽𝗶𝗰𝗮𝗴𝗮𝗿𝗶, 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗸𝗼𝗿𝗮𝗸, 𝘁𝗮𝗹𝗶 𝗴𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴, 𝗱𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶𝗻𝘆𝗮) 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻.
15. Sebarang pertanyaan berkaitan dengan Syarat Pertandingan dan Penghantaran Penyertaan sila berhubung terus dengan:-
• Syarat Pertandingan
Encik Freddy Au (Pengarah Program) – 013-505 8980
• Penghantaran Penyertaan (Urusetia PEMADAM)
Puan Jossie Ansilmus – 013-870 3014
Encik Mohd. Ammal Rezza Abdul Malik – 014-670 4181