Makluman tambahan kepada Murid tahun 4, 5 dan 6

  1. Murid-murid tahap dua yang berminat boleh menyertai pertandingan ini.
  2. Setiap kelas tahap dua sekurang-kurangnya menghantar 2 penyertaan di peringkat sekolah.
  3. Buku skrap adalah lukisan tangan, namun cetakan bahan sokongan adalah dibenarkan.
  4. Satu penilaian dan pemilihan akan diadakan di peringkat sekolah. Lima hasil yang terbaik dan terpilih akan dihantar kepada pihak penganjur untuk penilaian peringkat seterusnya.
  5. Setiap peserta yang menyertai akan dapat e-sijil DBP dan peserta peringkat akhir akan mendapat sijil bercetak daripada DBP.
  6. Buku skrap yang telah siap hendaklah dihantar kepada Guru BM masing-masing dan serah kepada Ketua Panitia BM pada atau sebelum 27 Julai 2021 (Selasa).

Peraturan pemarkahan
a) Ketepatan tema 5%
b) Bahasa 25%
c) Kandungan 40%
d) Kreativiti 25%
e) Kekemasan 5%

Hadiah
Johan = RM500.00
Naib Johan = RM300.00
Ketiga = RM200.00
Sagu Hati = RM100 X 3 pemenang

 

Total Page Visits: 1589 - Today Page Visits: 2